Tuesday, March 09, 2010

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya... Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


i suka part nie...byk kali sebut dlm quran, ramai manusia, xdak perasaan lain, selain daripada rasa menyesal bila dah mati and esp di akhirat. coz, kita boleh spend time masa sihat buat benda2 lain, tapi baca quran, semayang sunat jarang sekali. padahal, what really matters, is the eternal life lepas mati nanti. eternity tau. takdak sapa pun akan mati. for-ever. what is our preparation utk hidup for that eternity life?
it's like sitting for an exam, imagine kita tak properly prepared for that exam, ketaq tak? interview for a new job pun gubra. inikan nanti interview depan Tuhan. Boleh imagine ka sebarang interview di dunia nie yg lebih menggerunkan daripada interview depan Tuhan? Tak mungkin ada. So? What have we prepared so far?
Al-Quran tu bukan setakat pelindung, but peringatan. Peringatan, demi peringatan tentang penyesalan manusia di hari akhirat nanti, as detailed as the dialogues that will take place di dalam kubur, di akhirat, dan dalam neraka jugak. Semua focus on penyesalan. Semua ahli neraka janji kalau dihidupkan semula dia akan fill in every minute mengagungkan Tuhan. but we all know, we have already been given the chance. Setiap kata2 Tuhan tu benar. If we fall in the group yang menyesal, these will be our dialogue. If we masuk group mereka yang beroleh keuntungan, we are free. We can talk about anything. But as mentioned in Quran, ahli-ahli syurga sentiasa berzikir. Of course, i suppose after seeing keadaan neraka dan ahli2 neraka, mesti depa bertambah2 insaf. Kita tgk tsunami aftermath dulu pun insaf... buat seketika..hm..So? While we are still alive, which dialogue is our aim?

No comments: