Thursday, October 11, 2007

Another joke from Utusan Malaysia

Utusan Malaysia - 11 Oct 07


Hukuman peragut 31 Oktober


KUANTAN 10 Okt. – Seorang peragut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang jurujual di sebuah pusat membeli-belah di sini tahun lalu.

Norman Mohamad, 24, dari Kempadang Perdana di sini membuat pengakuan itu ketika tuduhan ke atasnya dibacakan.

Dia dituduh menyebabkan kematian Ng Chiew Lim, 25, dengan kasar dan cuai.

Norman melakukan kesalahan itu di kawasan tangga, No. 8, Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, di sini antara pukul 7 dan 7.30 petang pada 6 Ogos.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, didenda atau kedua-duanya.

Norman yang tidak diwakili peguam bela turut mengaku bersalah atas satu tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan di tempat dan waktu yang sama.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 393 akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Majistret Nor Zaihan Mohd. Ali menetapkan 31 Oktober ini bagi menjatuhkan hukuman untuk kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor T. Murugesu.
Mengikut rentetan kejadian, tertuduh didakwa membunuh Chiew Lim, tetapi pihak pendakwaan kemudian mengurangkan tahap dakwaan.


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm


pengajaran : jangan meragut dgn kasar dan cuai.

--------------------------------------------------------------------------------------


yasmin said : obviously...there is a person...up north from celestica...does not have anything to do...:) ehhehee...tak daq keja ka jida...baca satu satu ayat paper nie...:)

farah replied : kekekekekekekeke...dia mood raya dah k/min..

--------------------------------------------------------------------------------------

farah said : Dia menyebabkan kematian seorang wanita tetapi hanya dikenakan hukuman penjara..??? Itupun bukan untuk seumur hidup???!!! Di manakah keadilan di dunia ini???!!!


and i replied : tu la. penjara ja. menghabihkan duit tax payers mcm kita.

looks like he is charged like a doctor being charged, cuai dan kasar dlm melakukan 'kerja' sehingga menyebabkan kematian 'pesakit' . ha, kalau dah kena charged style 'membunuh tanpa niat' mcm nie..xkan nk kena gantung sampai mati kan..kalau sebat pun, dikhaskan utk rapist..(they think its the best and good enough coz at least the convicted's dick is still in tact)

hmm..but mengedar dadah pun kena gantung sampai mati jugak..but then same argument, depa bukannya 'membunuh' dgn niat..juai utk bg org syok, tak kasar, tak cuai pun..org yg consume tu ja la yg kena pandai2 guna..also, bukannya addicts tu terbunuh pun..high jaa...maybe aids la..but still, addicts tu punya salah jugak, guna la sterilized needles...but then these dealers are charged with gantung mandatori..oh, i know, because the gov saw that these dealers 'membunuh' the country resources...i see, i see...ok la, boleh terima..i agree (duh)

but, in this news? is it because pompuan tu just another jurujual, (tak affect sgt country's resource) so dia boleh penjara saja? or maybe because pompuan nie bukan adik beradik, wife or anak of the judge? i wonder.

to all peraguts ! make sure u guys meragut bukan dgn cara yg kasar and make sure tak cuai sampai menyebabkan kematian. kalau tak nnt kena penjara dua tahun maksimum (maximum lagi tu..), didenda atau kedua-duanya.
so, kalau rasa2 mcm business meragut nie going down hill, buleh la turn yourselves in to the cops, kalau xdak sapa2 mati, maybe buleh dapat mkn+minum free kat dlm penjara, kurang dr 2 tahun. boleh la tu, by the time hampa boring, dah buleh keluaq dah. sambil2 kat dlm penjara tu, maybe buleh dpt tips from peragut2 yg kena penjara 2 tahun on the types of kekasaran and kecuaian during meragut sampai buleh mati tu..

i'm full of negative energy. i need a break !!

Tuesday, October 09, 2007

kalau la aku jadi anak sulung rafidah aziz...

tak pasai2 satu malaya dah tau umoq aku..


Rafidah anggap remeh -- Isu Azalina tanding Ketua Wanita UMNO

Oleh RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, sokongan
terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina
Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada
pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.

Rafidah yang memimpin Wanita UMNO sepanjang 19 tahun sejak 1984, dengan hanya terlepas kepimpinan pergerakan itu selama empat tahun kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman antara 1996 dan 2000, enggan memberikan komen panjang lebar mengenai sokongan terhadap Azalina.
Katanya, beliau tidak berpeluang membaca laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai isu sokongan terhadap Azalina kerana sibuk
bermesyuarat.

‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen.

‘‘Saya pun tidak baca surat khabar lagi sebab bermesyuarat sehari suntuk di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Rafidah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan UMNO Bahagian Cheras yang
disuarakan oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
supaya Azalina dicalonkan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan
parti akan datang.

Menurut Syed Ali, Azalina, 44, merupakan calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu kerana menteri Kabinet yang mempunyai latar belakang bidang undang-undang itu adalah ‘seorang yang berpendirian serta berani dalam berpolitik’.

Azalina ketika mengulas sokongan tersebut semalam menyatakan keutamaannya pada masa ini adalah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pemimpin yang masih bujang itu berkata, adalah terlalu awal untuk beliau memberi sebarang
kenyataan mengenai soal pemilihan parti.

Rafidah, yang anak sulungnya kini telah pun berusia 41 tahun, menjadi Ketua Wanita UMNO pada tahun 1984 pada umur 41 tahun selepas mengalahkan Datin Paduka Zaleha Ismail (kini Tan Sri) dengan kelebihan 71 undi.

Pada pemilihan 1996, beliau yang pernah menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Malaya tewas kepada Siti Zaharah ketika mempertahankan jawatannya, tetapi bangkit semula dalam politik UMNO dengan menumpaskan Siti Zaharah dalam pemilihan merebut jawatan itu pada 2000.

Rafidah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1978, sepenggal sebagai wakil rakyat kawasan Selayang sebelum memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selama enam penggal berturut-turut.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak pernah berubah dengan pendirian politiknya iaitu menyokong Rafidah sebagai ketua sayap UMNO itu.

‘‘Prinsip saya dalam perjuangan politik ialah saya tidak lawan ketua. Saya tetap menyokong Rafidah sebagai Ketua Wanita UMNO,’’ ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Apa yang paling penting, tegas Shahrizat, ialah Pergerakan Wanita UMNO yang mempunyai keahlian lebih satu juta itu perlu dipastikan berada dalam keadaan stabil dan berupaya menjalankan tugasnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

‘‘Pergerakan Wanita UMNO begitu stabil sekarang dan menumpukan 100
peratus perhatian kepada kerja-kerja pilihan raya.

‘‘Soal pemilihan parti tidak menjadi perhatian kami,’’ tambah Shahrizat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Dr. Rozaidah Talib juga berada di belakang Rafidah. “Adalah tidak manis bagi sesiapa menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sedangkan pemimpin sedia ada tidak memberi sebarang petanda mahu mengundurkan diri,”
katanya.

Rozaidah yang merupakan Ahli Parlimen Ampang menyifatkan langkah UMNO
Bahagian Cheras menyatakan sokongan terhadap Azalina seakan-akan mahu
menyingkirkan Rafidah.

‘‘Cakap-cakap macam itu seolah-olah hendak singkirkan Ketua Wanita UMNO sedangkan beliau tidak memberi petanda mahu mengundurkan diri.

‘‘Kami tetap menyokong Rafidah. Kami masih menghormatinya dan mahukan pemimpin seperti beliau terus memimpin Wanita UMNO,’’ katanya.

Rozaidah menambah, dalam hal ini, beliau tidak menentang Azalina tetapi memikirkan mengenai pentingnya hierarki parti yang sedia ada dihormati.

Azalina ialah bekas Ketua Puteri UMNO yang bertanggungjawab menubuhkan Puteri UMNO pada tahun 2000 sebagai satu inovasi pendekatan bagi memberi peluang kepada wanita muda Melayu menyertai parti itu.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Pengerang dalam pilihan raya umum 2004. Selepas pilihan raya itu, pada usia hanya 40 tahun, bintang politiknya menyinar apabila beliau terus dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sungguhpun latar belakang Azalina itu memberikan tarikan kepada politik, Rozaidah berkata: ‘‘Mereka (pemimpin Wanita UMNO sekarang) masih ada di situ. Oleh yang demikian, perkara ini (menyuarakan perebutan jawatan) adalah sesuatu yang tidak manis.’’

Utusan difahamkan, Exco Wanita UMNO mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Putrajaya hari ini.





itu tak manis, ini tak manis..what a joke.

apa salahnya kalau ada healthy competition..at least yg ada di atas tu tak la leka and take her position and responsibilities for granted.

kes mengundi pun nk kena jadi cat fight...do it like a tennis game, your opponent made a darn good shot against lady-B and lady-B applaused together with the crowd (seeing women at their best, rational and in control, watch tennis. they play like men, not only physically, but most importantly mentally...it is indeed a professional game.)


p/s : despite men being the worst part of the species, gosh, we really cant eliminate all of them, can we. i cant imagine what the world be being monopolized by emotions and sometimes having to deal with decisions on non-rational basis...look around us ladies, whom do you want, lady boss or zamri? :p (my prev job's boss..he's the best ! )

...and oh, some women, don't they try so hard to look important, sometimes against their own kind..

and speaking of the news reporting :

rafidah is right, at the moment, what is there to comment when azalina wants to compete against her, soalan yg remeh, aku dok busy meeting soal negara, hampa dok mai tanya soalan2 gosip remeh mcm nie. but azalina is not remeh, let's compete healthily..(and then these ladies yg jadi para penyokong are starting some sort of cat fights..oh get a grip !) (and also the reporters, either they not able to understand what rafidah meant or did not comprehend it correctly, or just love to stir some gossip, created such headlines..check the first paragraph in the news, u know what i mean. after all, it's UTUSAN MALAYSIA, for crying out loud..cheap skate. and we are allowing these people to shape the minds of malaysians..



first para by utusan malaysia,
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, sokongan terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.


what she actually said, ‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen."


at least, that's what i think now..maybe rafidah will gv more opinion tomorrow..

why is that that we suka sikap berpuak-puak. compete la mcm biasa. azalina menang, rafidah tepuk tangan. rafidah menang, azalina tepuk tangan. ni puak rafidah kata..tak manis itu, tak manis ini..( wtf? id be so stress being their daugther...manis2 nie semua style mcm berjalan terkepit2 mcm nk p toilet..kalau jln2 laju sket or a little off inhibition nie tak manis....huh) ..kalau saya la, saya takkan..bla bla bla..aku la baguih, puak aku la baguih....gawd ! if you have the confidence and rational, you should welcome all sorts of challenges and compete healthily, then u'll know who's the best. takkan nk tunggu tuan/puan ketua menunjukkan tanda2 nk retire baru nk menaikkan org bawahan yg boleh bawak renaissance..by that time, probly renaissance tu dah tak sesuai utk her target group (just an example, not saying who's good and who's not)..ini bukan sistem hierarki kerajaan england..tunggu bonda permaisuri mangkat baru charles yg dah tua bangka tu nk naik..


p/s : rafidah is such a strong woman, my dad ckp, kalau kat negara lain, dia dah boleh jadi perdana menteri dah..azalina is no dummy either..

UTUSAN MALAYSIA 9th Oct 2007
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Thursday, October 04, 2007

About the joint prayers - marina mahathir

emailed to my buddies - aku tak jumpak la email yg mana satu ntah pasai joint prayers marina mahathir hari tu nk reply balik today. anyways, having to measure pro and cons of all possible actions to my ownself, as i said to wana, aku tak boleh nk komen anything to that email at that time. but today, here goes..

below is a portion of an article i read at raja petra's blog (his blog is pretty aggressive, and i am just picking up things that suit my mind and judgement), just to share with you guys on his comment about the 'joint prayers' situation, which i pretty much agree.

"Recently, Marina Mahathir organised inter-faith prayers for
Tun soon after he went under the knife. As expected, I received a few phone
calls from extremely upset people who did not approve of inter-faith events such
as these and I told Marina about it. Tun’s well-wishers of the other (non-Islam)
faiths had wanted to offer their prayers for Tun’s well-being. Marina could of
course have given them the ‘normal’ Malay response: your religion is a fake and
not the true religion like Islam so keep your prayers to yourself, we do not
need them. But she did not. In fact, most of those upset about this
‘joint-prayer’ session had exactly that in mind: how could Marina agree to
‘merge’ Muslim prayers with that of non-Muslims when we believe in different
Gods?



Nevertheless, being the true diplomat that Marina is, instead of
shooting down their religions and sending them off with insults in tow, she
cordially organised an inter-faith prayer session so that those subscribing to
the other faiths could offer their prayers in whichever manner they felt was
their way of reaching God. It was not a joint-prayer session in the manner that
all prayed together. Each faith held separate prayer sessions, one after
another, so it was not a ‘merger’ of faiths as such."


It would be very enlightening if somebody has a different opinion or 'solution' to be shared..we might be doing what we think is best, but everybody is created with different skills, thus different approach to certain issues, and solutions are meant to be discussed and shared. those yg jahil should be brought to the know, dgn cara yg ilmiah, not just pakai hentam mcm aku-lah yg serba bagus style.

Tuesday, October 02, 2007

The verse of the Throne

We won't know if fadhilat ayat kursi as written below is 100% correct, nevertheless, the translation, bears the power of the Almighty...keep our faith and be safe.

http://www.mounthira.com/learning/ayat/alkursi/ayatulkursi/



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.**
*Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
*Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkanmembacanya setiap harisebanyak *18 kali* maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruhsehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia darisegala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapayang membacanyasebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akalfikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. AyatKursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakanbaginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allahazza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah sepertiorang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allahberkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."