Tuesday, October 09, 2007

kalau la aku jadi anak sulung rafidah aziz...

tak pasai2 satu malaya dah tau umoq aku..


Rafidah anggap remeh -- Isu Azalina tanding Ketua Wanita UMNO

Oleh RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, sokongan
terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina
Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada
pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.

Rafidah yang memimpin Wanita UMNO sepanjang 19 tahun sejak 1984, dengan hanya terlepas kepimpinan pergerakan itu selama empat tahun kepada Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman antara 1996 dan 2000, enggan memberikan komen panjang lebar mengenai sokongan terhadap Azalina.
Katanya, beliau tidak berpeluang membaca laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai isu sokongan terhadap Azalina kerana sibuk
bermesyuarat.

‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen.

‘‘Saya pun tidak baca surat khabar lagi sebab bermesyuarat sehari suntuk di Putrajaya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Rafidah berkata demikian ketika ditanya mengenai sokongan UMNO Bahagian Cheras yang
disuarakan oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
supaya Azalina dicalonkan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan
parti akan datang.

Menurut Syed Ali, Azalina, 44, merupakan calon yang layak untuk menerajui dan membawa pembaharuan kepada sayap UMNO itu kerana menteri Kabinet yang mempunyai latar belakang bidang undang-undang itu adalah ‘seorang yang berpendirian serta berani dalam berpolitik’.

Azalina ketika mengulas sokongan tersebut semalam menyatakan keutamaannya pada masa ini adalah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pemimpin yang masih bujang itu berkata, adalah terlalu awal untuk beliau memberi sebarang
kenyataan mengenai soal pemilihan parti.

Rafidah, yang anak sulungnya kini telah pun berusia 41 tahun, menjadi Ketua Wanita UMNO pada tahun 1984 pada umur 41 tahun selepas mengalahkan Datin Paduka Zaleha Ismail (kini Tan Sri) dengan kelebihan 71 undi.

Pada pemilihan 1996, beliau yang pernah menjadi pensyarah ekonomi di Universiti Malaya tewas kepada Siti Zaharah ketika mempertahankan jawatannya, tetapi bangkit semula dalam politik UMNO dengan menumpaskan Siti Zaharah dalam pemilihan merebut jawatan itu pada 2000.

Rafidah menjadi Ahli Parlimen sejak tahun 1978, sepenggal sebagai wakil rakyat kawasan Selayang sebelum memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selama enam penggal berturut-turut.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak pernah berubah dengan pendirian politiknya iaitu menyokong Rafidah sebagai ketua sayap UMNO itu.

‘‘Prinsip saya dalam perjuangan politik ialah saya tidak lawan ketua. Saya tetap menyokong Rafidah sebagai Ketua Wanita UMNO,’’ ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Apa yang paling penting, tegas Shahrizat, ialah Pergerakan Wanita UMNO yang mempunyai keahlian lebih satu juta itu perlu dipastikan berada dalam keadaan stabil dan berupaya menjalankan tugasnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

‘‘Pergerakan Wanita UMNO begitu stabil sekarang dan menumpukan 100
peratus perhatian kepada kerja-kerja pilihan raya.

‘‘Soal pemilihan parti tidak menjadi perhatian kami,’’ tambah Shahrizat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Dr. Rozaidah Talib juga berada di belakang Rafidah. “Adalah tidak manis bagi sesiapa menyatakan hasrat bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO sedangkan pemimpin sedia ada tidak memberi sebarang petanda mahu mengundurkan diri,”
katanya.

Rozaidah yang merupakan Ahli Parlimen Ampang menyifatkan langkah UMNO
Bahagian Cheras menyatakan sokongan terhadap Azalina seakan-akan mahu
menyingkirkan Rafidah.

‘‘Cakap-cakap macam itu seolah-olah hendak singkirkan Ketua Wanita UMNO sedangkan beliau tidak memberi petanda mahu mengundurkan diri.

‘‘Kami tetap menyokong Rafidah. Kami masih menghormatinya dan mahukan pemimpin seperti beliau terus memimpin Wanita UMNO,’’ katanya.

Rozaidah menambah, dalam hal ini, beliau tidak menentang Azalina tetapi memikirkan mengenai pentingnya hierarki parti yang sedia ada dihormati.

Azalina ialah bekas Ketua Puteri UMNO yang bertanggungjawab menubuhkan Puteri UMNO pada tahun 2000 sebagai satu inovasi pendekatan bagi memberi peluang kepada wanita muda Melayu menyertai parti itu.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Pengerang dalam pilihan raya umum 2004. Selepas pilihan raya itu, pada usia hanya 40 tahun, bintang politiknya menyinar apabila beliau terus dilantik menganggotai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sungguhpun latar belakang Azalina itu memberikan tarikan kepada politik, Rozaidah berkata: ‘‘Mereka (pemimpin Wanita UMNO sekarang) masih ada di situ. Oleh yang demikian, perkara ini (menyuarakan perebutan jawatan) adalah sesuatu yang tidak manis.’’

Utusan difahamkan, Exco Wanita UMNO mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Putrajaya hari ini.





itu tak manis, ini tak manis..what a joke.

apa salahnya kalau ada healthy competition..at least yg ada di atas tu tak la leka and take her position and responsibilities for granted.

kes mengundi pun nk kena jadi cat fight...do it like a tennis game, your opponent made a darn good shot against lady-B and lady-B applaused together with the crowd (seeing women at their best, rational and in control, watch tennis. they play like men, not only physically, but most importantly mentally...it is indeed a professional game.)


p/s : despite men being the worst part of the species, gosh, we really cant eliminate all of them, can we. i cant imagine what the world be being monopolized by emotions and sometimes having to deal with decisions on non-rational basis...look around us ladies, whom do you want, lady boss or zamri? :p (my prev job's boss..he's the best ! )

...and oh, some women, don't they try so hard to look important, sometimes against their own kind..

and speaking of the news reporting :

rafidah is right, at the moment, what is there to comment when azalina wants to compete against her, soalan yg remeh, aku dok busy meeting soal negara, hampa dok mai tanya soalan2 gosip remeh mcm nie. but azalina is not remeh, let's compete healthily..(and then these ladies yg jadi para penyokong are starting some sort of cat fights..oh get a grip !) (and also the reporters, either they not able to understand what rafidah meant or did not comprehend it correctly, or just love to stir some gossip, created such headlines..check the first paragraph in the news, u know what i mean. after all, it's UTUSAN MALAYSIA, for crying out loud..cheap skate. and we are allowing these people to shape the minds of malaysians..



first para by utusan malaysia,
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan, sokongan terbuka UMNO Bahagian Cheras kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menentangnya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang adalah ‘perkara remeh’.


what she actually said, ‘‘Saya tidak mahu komen. Isu itu terlalu remeh untuk diperkatakan. Saya tiada komen."


at least, that's what i think now..maybe rafidah will gv more opinion tomorrow..

why is that that we suka sikap berpuak-puak. compete la mcm biasa. azalina menang, rafidah tepuk tangan. rafidah menang, azalina tepuk tangan. ni puak rafidah kata..tak manis itu, tak manis ini..( wtf? id be so stress being their daugther...manis2 nie semua style mcm berjalan terkepit2 mcm nk p toilet..kalau jln2 laju sket or a little off inhibition nie tak manis....huh) ..kalau saya la, saya takkan..bla bla bla..aku la baguih, puak aku la baguih....gawd ! if you have the confidence and rational, you should welcome all sorts of challenges and compete healthily, then u'll know who's the best. takkan nk tunggu tuan/puan ketua menunjukkan tanda2 nk retire baru nk menaikkan org bawahan yg boleh bawak renaissance..by that time, probly renaissance tu dah tak sesuai utk her target group (just an example, not saying who's good and who's not)..ini bukan sistem hierarki kerajaan england..tunggu bonda permaisuri mangkat baru charles yg dah tua bangka tu nk naik..


p/s : rafidah is such a strong woman, my dad ckp, kalau kat negara lain, dia dah boleh jadi perdana menteri dah..azalina is no dummy either..

UTUSAN MALAYSIA 9th Oct 2007
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

No comments: